Nak jual rumah tapi tak tahu prosedur? Biar saya bantu anda
Ilmu, pengalaman dan integriti. Tiga kriteria yang mesti ada pada seorang agen hartanah. Dengan saya, anda tak perlu pening kepala.
Kelebihan menggunakan khidmat agen hartanah
Saya uruskan penjualan rumah anda dari A-Z
Bermula daripada analisa pasaran, ambil gambar dan video, proses pengiklanan sehinggalah mendapatkan pembeli yang berkelayakan dan seterusnya penyempurnaan proses jualan. Saya akan uruskan semuanya.
Semakan Harga Pasaran
Pertama sekali, saya akan semak harga pasaran dan membuat kajian persaingan di kawasan anda. Seterusnya, saya akan berbincang dengan anda untuk menetapkan harga yang kompetitif.
Pengiklanan & Pemasaran
Kemudian, saya akan mengambil gambar hartanah anda dan saya akan menggunakan medium pengiklanan “online” dan “offline” dengan bantuan lebih 500 rakan “network”, untuk tujuan pemasaran hartanah anda.
Penjualan
Tak semua prospek akan layak membeli. Saya jimatkan masa anda dengan melakukan proses saringan kelayakan setiap prospek. Apabila ada prospek layak yang berkenan, saya akan uruskan semua dokumentasi jualan dengan bantuan peguam.
Jimat masa anda
Anda hanya perlu melantik saya sebagai perunding untuk menjual hartanah anda. Saya akan uruskan semua proses seterusnya.
Prosedur yang teratur
Proses yang betul dan teratur akan memudahkan penjualan dan memastikan kepentingan anda terjaga. Transaksi yang telus dan semua dengan hitam putih.
Tak semua orang pakar dalam proses jual beli hartanah
Memang boleh jual sendiri, tapi ambil masa nak melayan kerenah bakal pembeli. Lebih baik serahkan pada yang berilmu dan berpengalaman.
"Berapa nak jual ni?"
Tak pasti berapa harga jualan yang kompetitif
Letak harga jualan yang tak munasabah
Tak tahu bagaimana nak buat kajian pasaran
Harga Jualan Yang Melampau
Semua penjual nak jual harga yang tinggi tapi semua pembeli juga nak beli harga yang termurah. Strategi penetapan harga amat penting.
Iklan tak berkesan
Nak jual rumah bukan cukup sekadar iklan sekali dan harap ada prospek akan hubungi.
"Dah iklan tapi tak ada sambutan"
Dengan saingan sengit di medium pengiklanan, berkemungkinan hartanah anda tidak akan dilihat langsung.
Tak pandai ambil dan pilih gambar yang menarik
Tak ada akses untuk medium pengiklanan berbayar yang efektif
"Prospek nak beli murah sangat"
Tak pandai nak saring pembeli dan tak mahir dalam proses rundingan.
Ada prospek berminat tapi nak tawarkan harga rendah. Apa nak buat?
Prospek berminat tapi bank “reject” pinjaman.
Tiada kemahiran untuk saring pembeli
Jangan ingat semua yang berminat nak membeli rumah anda tu layak mendapat pinjaman. Selain itu, kena semak juga pembeli ada tak simpanan yang cukup untuk tanggung kos-kos lain?
Perunding Hartanah Berdaftar
Saya perunding hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
Ada cara lebih berkesan
Dah cuba jual rumah anda tapi masih lagi tiada pembeli? Dah iklan tetapi krik-krik. Dah jumpa prospek, tapi rupanya prospek tak serius atau pinjaman pun tak lepas. Apa kata anda hubungi saya sekarang. Kita bincang.
Profesional
Kepentingan anda adalah tanggungjawab saya sebagai perunding hartanah profesional. Proses dan urusan mengikut Malaysian Estate Agency Standards.
Ilmu & Pengalaman
Berkecimpung di bidang hartanah sejak 2019, saya berpengalaman dalam urusan jual, beli dan sewa pelbagai jenis hartanah. Tetapi maaf, saya tidak menguruskan hartanah lelong.
Anda mahu saya bantu dalam urusan penjualan hartanah? Isikan maklumat di bawah, saya akan hubungi anda semula.
Testimoni client
Antara review dari client yang telah berurusan dengan saya
"Penerangan yang menyeluruh"
Penerangan dari A to Z yang diberi semasa taklimat tentang proses penjualan rumah sangat menyeluruh. Terma dan syarat dalam setiap surat lantikan dan surat penerimaan tawaran jualan juga dijelaskan satu persatu. Malah En Fakhzan juga membantu saya menyusun semula portfolio hartanah sesuai dengan keadaan kewangan sekarang. Saya sangat berpuas hati.
Muhammad Rujhan, Project Manager
"Sangat responsif"
Saya melantik En Fakhzan untuk menyewakan apartment saya. Saya merasa 110% yakin sepanjang bekerjasama dalam proses sewaan ini. Beliau jujur, memberikan maklum balas yang baik, membantu menjelaskan dengan terperinci semua proses dan menguruskan pencarian penyewa dengan cemerlang. Selain itu, beliau sangat responsif terhadap setiap pertanyaan saya, walaupun untuk hal-hal kecil.”
Nazrul Hisyam, Programmer
Soalan Lazim Berkaitan Khidmat Agen Hartanah (FAQs)
Anda mungkin ada pertanyaan tentang khidmat perunding hartanah.
Berapa komisyen ejen jual rumah?
Secara lazimnya, fi agensi ialah 3% (tidak termasuk SST) daripada harga jualan.
Berapa caj untuk semak harga pasaran?
Menurut Malaysia Estate Agents Standard, harga pasaran hanya boleh diberikan oleh Penilai Berdaftar. Walaubagaimanapun, saya akan buat kajian pasaran dan kajian persaingan tanpa caj.
Adakah lantikan secara eksklusif sahaja?
Terpulang kepada anda sama ada mahu melantik secara ekslusif atau general.
Berapa lama rumah akan terjual?
Tiada jaminan tempoh masa tertentu. Tetapi, saya akan berusaha untuk memastikan khidmat saya pada aras yang terbaik.
Adakah servis sampai serah kunci?
Walaupun secara teknikal servis perunding hartanah sehingga perjanjian jual beli termaktub, saya akan terus mengikuti urusan dan proses jualan dengan peguam yang anda lantik sehingga serah kunci (tertakluk kepada persetujuan peguam).
Fakhzan Badiran, Perunding Hartanah Berdaftar REN 39991
Saya adalah seorang Perunding Hartanah Berdaftar (REN 39991) di bawah Agensi IQI Realty Sdn Bhd. Sebelum menjadi perunding hartanah, saya membina kareer dalam bidang kejuruteraan sehingga menjadi pengurus projek bernilai lebih RM 1 billion.
Pada tahun 2019 saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang hartanah untuk membantu para pembeli mahupun penjual yang ingin membuat urusan jual beli tetapi tidak mempunyai kemahiran.
Saya sentiasa berbesar hati membantu anda dalam urusan jual beli hartanah mahupun penyewaan hartanah. Servis saya juga merangkumi proses pembiayaan, guaman dan prosedur lain yang berkaitan dengan hartanah.